Monday, April 13, 2015

Air mata anak kecil

Tengahari hening, di ward Kanak-kanak.

"Bila saya boleh balik?"
"Adik tak boleh balik lagi.. Nanti dah sihat boleh balik ye.."
"tapi saya nak balik rumah. Tak nak duduk hospital."
"adik..."
"saya nak balik..nak balik sekarang."

Di saat anak kecil itu menangis, merayu mahu pulang dan kau hanya mampu berdiri di sebelah katilnya, memandang nya sayu..

Apa yang kau mampu, hanya lah menabur janji palsu buat si anak kecil yang tidak berdosa itu.

Tabah lah adik, kami mendoakan yang baik baik untuk adik, dan juga buat ayah dan ibu.

p/s : Nak dibandingkan dengan dugaan kau tu, seciput cuma. Bersyukurlah kerana masih mampu bernafas.

updated : dalam 2 minggu selepas itu, kami menerima perkhabaran adik SA, telah pergi menemui Sang Pencipta buat selama nya. Maafkan kakak dokter kerana tidak mampu membantu yang sedaya nya, maaf. Al-Fatihah. 

No comments:

Post a Comment