Tuesday, December 25, 2012

Delisa Maisara #1

Ipan : Salam. Turun tak weekend ni bro?
Reza : Insya Allah kalau tak da aral melintang.
Ipan: okeh. see u there. Rumah Desa Penyayang, Batu Caves. 8.00a.m
Reza : Noted :)

141212
6.05pm

"reza! tak balik lagi ke? malam weekend ni bro. lepak la weh."
Ijoi teman kubikel sebelah menegur sambil tangan sibuk mengemas kertas kerja yang bersepah di atas meja. muka happy semacam je ijoi ni sebab esok weekend. well, orang bekerja, weekend lah hari yang di nanti-nanti dengan paluan kompang. ooyeah!

"Jap lagi lah kot. balik sekarang pun jam gak. lagipun esok gua ade hal."
"ohh. aku tahu. date dengan awek eh? haha. okeh. aku gerak dulu la. !"

ijoi keluar menapak dari ruang opiz. aku tak de awek lah Ijoi. keluh aku. kalau aku ade awek pun aku tak de lah nak spend weekend dengan dia kat mall or bercintan cintun tak tentu arah. baik aku ajak dia pergi charity work! ahaks. bibir tersenyum sumbing. kalau lah aku ada awek kan....

151212
800, Batu Caves

Calling Ipan......,,,

"Salam Ipan. Ang kat mana tuh? tak nampak muka hangpa semua pun.,"
belakang kepala di garu. aiseh. gua salah tempat ke apa ni. kosong je rumah desa penyayang ni.
"Ada lah kitorang ni. bawah warung bro. sebelah kanan rumah Desa. cuba ang tengok leklok."
"okeh. gua nampak. kereta Neo kau kan depan tu?"
"Haa betoi la tuh. Meh sini cepat. haji Mukhriz tengah briefing."
"Okeh."

Talian diputuskan. Begpack di bahagian kerusi belakang di capai dan punat kereta Honda Civic di tekan.

beberapa wajah OW (ohsem weekend) singgah di mata. nampaknya ramai turun kali ni. golongan veteran pun ada sekali. hm. muka baru pun ramai gak ni. Ipan melambai dari jauh. mengajak aku duduk di sebelah.

Tangan ipan digenggam erat dan salam bertukar.

"Dah lama mula ke?"
"Tak. Baru 5 minit. Kali ni program lain sikit. dengar lah."
"Oh okay." punggung dilabuhkan di sebelah Ipan.

Haji Mukhriz di bahagian depan warung sedang memberikan kata-kata pembakar semangat kepada volunteer yang berjumlah hampir 60 orang di depan beliau. yang lain-lain semua tekun mendengar. bagus! ini lah anak muda yang menjadi harapan bangsa. weekenders yang ohsem! Say no to wasted weekend. Ahaks. Aish semangat aku.

"Baiklah pemuda pemudi sekalian.. Kali ni kenapa agaknya program kita berbeza sedikit?" Haji Mukhriz berjeda seketika. kemudian menyambung bicara setelah semua mata menumpu ke arah beliau,
"Sebabnya adalah, this time kita akan ada kan health screening percuma kepada penghuni Rumah Desa Penyayang. Kalau before this kita cuma membantu dari segi deco, kebersihan dan jugak tolong diorang upgrade rumah mereka, tapi kali ni kita take care of their health too."

kepala pun mengangguk tanda setuju dengan kata-kata haji Mukhriz. betul. aku setuju. pak cik mak cik punya health welfare pun kena jaga gak. lagi-lagi dorang ramai yang usia 40+. banyak penyakit yang long term side effect menyerang waktu usia 40an. so yeah prevention is better than cure! Haip!

"so, saya dah cari team medik untuk tolong kita buat health screening ni. team medik ni saya namakan 'Love Beat'. haaa. okeh kan?"

yang lain tergelak kecil. haji mukhriz ade je idea kelakar. walau dah agak berusia, tapi haji tetap semangat dan penuh dengan jenaka. oh ye. forget to tell, haji mukhriz ni founder kepada OW ni ;) kelab paling ohsem pernah aku join sepanjang hayat aku.

"Team 'Love Beat' kita ni ada 20 orang kesemuanya. Mostly doktor freshie, MA, pharmacist dan jugak nurse. Dan team kita ni di ketuai oleh Dr. Delisa Maisara."

Ibu jari Haji mukhriz di hala ke sudut kanan warung. bila nama Dr. Delisa Maisara di sebut oleh haji mukhriz, si gadis ayu, tuan punya nama bingkas berdiri dan menghulurkan senyuman hormat. Cantik. Sopan. Lembut. dan nampak bijak. serta rendah diri orangnya.

Dr. Delisa Maisara.. si manis bertudung kuning lembut. berbaju kurung bunga kecil-kecil. yang berhati murni dan berjiwa besar. ahhh calon menantu sesuai buat umi ni!!

____________________________________________________________

Dan kisah pertemuan antara dua jiwa buat kali pertamanya itu lenyap begitu sahaja bila pintu bilik di kuak perlahan.

muka umi terjenggul di balik muka pintu. umi menapak masuk.

"Reza.. Apa yang kamu menungkan? Buat apa berdiri depan tingkap larut malam dengan Hatta tu?"
Umi mendekati tubuhku yang menyandar lemah di tepi sliding door. Hatta si kecil yang baru aje terlena dalam pelukan ku merengek kecil bila suara nenek kedengaran.

"meh sini umi pegang Hatta." umi mengambil hatta dari pelukan ku. "malam ni tidor dengan nenek ye. alolo cucu nenek sayang,"

pipi Hatta di cium perlahan oleh umi. hatta nampak selesa begitu. aku tahu dia inginkan belaian seorang ibu. harapannya cukup lah belaian dari umi seorang buat hatta.



.. “Umi nak tanya ni. Alya tak datang menjenguk ke kamu dan si Hatta ni?”

“Erm. Tak da lah pulak. Dia sibuk kot umi. Saya faham dia. Ada lah saya whatsapp gambar Hatta ni kat dia minggu lepas. Sempat lah jugak sembang sekejap. Dia busy mi. Cam biasa.”

“mm umi faham. Cuma,..iye lah. Tak kan lah tak sudi nak menjenguk si Hatta ni. Dia tu macam ibu si Hatta ni jugak. Walaupun benihnya orang lain punya.”

“entah lah umi. Saya gembira je kalau dia datang sini. Tapi saya pun tak memaksa dia untuk datang.”

“itu lah umi kan dah pesan kat kamu. Kan lebih elok kamu khawin  je dengan dia. Senang.”

“umi,... saya tak boleh umi. Saya dah janji dengan Delisa untuk mencintai dia sorang je.”

“tapi Reza,.. Delisa tu dah lama pergi. Dah dekat setahun. Bila kamu nak beranjak dari kisah semalam?”

suara umi naik seoktaf. mungkin geram dengan perangai ku yang keras kepala mempertahankan cinta yang mungkin tiada makna juang lagi buat umi.
 
“umi, better we drop the subject. Penat nak gaduh dengan ummi pasal hal ni. Saya turun bawah dulu mi.”

Hati rasa sebak. umi antara insan terdekat dengan ku juga tak mampu memahami perasaan ku. mana mungkin aku dapat lupa kan Delisa begitu sahaja. setelah pelbagai susah senang kami hadapi bersama.  setelah aku lihat sendiri betapa teguhnya Delisa berjuang demi cinta kami. setelah melihat betapa Delisa bersungguh menjaga Alya dan Hatta demi aku sewaktu dirinya juga bertarung maut. betapa Delisa pecinta yang setia. dan,..aku juga harus jadi sepertinya.
 
Walau setahun atau beribu tahun pun.Hanya Delisa Maisara sorang dihati. hanya Delisa Maisara. 

Nota kaki :

Reza dan Delisa mendirikan rumah tangga setelah asyik bersua setiap minggu melalui program OW. setelah hampir setahun mereka mendirikan rumah tangga, Delisa di sahkan HIV+ dan sewaktu kondisi nya baru di ketahui, segala-galanya sudah terlambat. imuniti badan Delisa di serang hebat oleh virus tersebut. oleh kerana pasangan ini terlalu ingin kan anak, kaedah IVF telah di gunakan sebagai alternatif untuk mengelak jangkitan virus kepada Reza. Malangnya, kondisi Delisa terlalu lemah tika itu. Akhirnya Alya, adik Delisa telah bersetuju menjadi ibu tumpang untuk melahirkan anak mereka yang bernama Hatta. Selama 9 bulan Alya mengandungkan Hatta, Delisa juga resah gelisah dalam menjaga kebajikan Alya dan Hatta serta pada masa yang sama berjuang dengan penyakit AIDS yang di hadapinya. Ironinya, setelah Hatta dilahirkan, Delisa pun menghembuskan nafas terakhir setelah mendakap si kecil Hatta buat pertama kalinya dan juga yang terakhir kalinya.


No comments:

Post a Comment