Thursday, October 25, 2012

Chuck dan Sigaret.

Hujung sneakers merahnya menguis nguis lantai bus stop yang penuh dengan lumut. Dalam hati berkira kira, mahu mintak atau tidak. Aish. Susah macam ni. Dah tak tahan mak oii!

*******************
Jaket kalis air tajaan Pizza Hut dilibas libas. Malang nasib hari ni. Hujan lebat. Nasib baik pizza terakhir sempat di hantar. Kalau tak mahu kena buang kerja esok! Tak berasap la mulut aku jawabnya lepas ni. Kenapa time ni lah nak hujan? Gua deliver pizza bukan pakai kereta hoi. Motor capub je. Mengigil badan habaq ang. Ni dah macam ala-ala ribut je.. Mak...nak balik rumah..

"Erm..Abang."

"Kuss!!"
Pergh. Ni awek mana main sergah-sergah ni.

"Emmm, abang. Saya manusia jangan risau." tawa perlahan kedengaran di ikuti kilat yang sambung menyambung di dada langit.

"Er... Awak nak apa? Saya deliver pizza je. Tak da duit. Maaf." belakang kepala di garu perlahan. Tanda mahu tunjuk i-am-stupid-and-know-nothing. Dont approach me.

"Tak. Tak. Saya bukan nak duit. Cuma nak pinjam lighter. Abang ada?"

Pfttt. Muka cantik. Ayu mulus. Tapi smoking. Memang out of list calon menantu mak aku hatta Mak Jemah jiran sebelah sekali pun.

"Ada. Nah." lighter di hulur dan di sambut perlahan oleh si gadis ayu ber-sneakers merah jenama Converse.

Sebatang sigaret dikeluarkan dari handbag Gucci dan dinyalakan. Budak ni nampak gian. Berpeluh peluh. Muka pucat. Aku dah gusar. Kalau pengsan,....

Pelik.! Tangan kanan yang memegang rokok digawang-gawangkan ke kiri kanan atas kepala, bawah, celah kaki, seluruh badan. Ni upacara apa budak ni tengah buat bawah pondok bus stop, dalam hujan lebat, pada pekat malam di sertai kilat dan guruh. Mak! Nak balik!

*********************
"Err. Dik..."

"Jangan risau. Saya waras lagi." sengih kerang terbit di wajah mulusnya. "Saya ni tak tahan dengan nyamuk yang ramai sangat. Dah lebih sejam saya duk kat sini. Nyamuk dah gigit seratus kali dah. Itu lah sebabnya saya lit sigaret ni. Boleh halau nyamuk"

Pulak dah... Kena troll aku dengan minah sneakers merah ni!

"Stretttttttttttt."

Audi X8 brek sentap depan aku. Tingkap tinted di turun kan dan suara garau keluar dari perut kereta.

"Hoii!! Cepat! Orang belakang honk nanti!!"

"Oh.Oke Oke!!!."
"Nah abang lighter. Terima kasih." Segaris senyuman manis di corak di muka mulusnya. Cantik.

Cepat cepat si gadis menyumbat diri ke dalam kereta mewah berwarna silver itu tanpa menyedari yang buku dan kaca mata full frame, Levis nya tertinggal di bangku bus stop.

Dan malam itu, setelah hujan reda, aku pulang dengan buku Accounting&Finance setebal 1.5inci dan juga kaca mata old school. Oh. Dan tak lupa juga, senyuman manis kepunyaan si gadis ber-sneakers merah.

Terima kasih.

P/s Pandora Box bakal terima ahli baru malam ini!

No comments:

Post a Comment