Tuesday, June 12, 2012

Harapan.

Jangan mengharap terlalau tinggi. Mungkin kita bakal kecewa sendiri. Ya. Memang perlu untuk menggantung impian setinggi bintang. Tapi,.. kalau dah tahu kemungkinan nak kecapi mimpi tu tipis sekali. Baik tak payah.





" Tapi... apa salah mencuba. Manalah tahu ada harapan nak capai impian tuu."

Mungkin betul. Tapi bersiap siaga lah untuk terima impaknya kalau mimpi tak menjadi kenyataan. Aku  jenis manusia yang tak mampu bertahan menerima kekecewaan. So jalan terbaik bagi aku adalah mengundur diri. Kuburkan sahaja angan -angan aku. Tinggalkan sahaja..... (oh Mai, come on!)

Belum pasti hitam putihnya lagi, aku dah sebak sendiri. Aku tahu nilai ukuran diri ini. Sedar yang aku tak da lah sangat bernilai macam orang lain. Aku ada ke, takda ke,... tetap sama. Hakikatnya, hanya aku yang mengharap lebih. Ya. Cuma aku.





"okey lah tu. Sekurang-kurangnya, kau masih dia perlukan saat ni."

Tika ini sahaja aku di perlukan. Sooner or later, I might be secondhand. Dan aku tak da 'super-power' untuk mengelak pantai berubah setelah terkena bah. Pasrah. Hati manusia Allah yang pegang. Maka, inginkan apa-apa, the best solution is by making do'a to Allah. =)




P/s hanya mengundur diri kalau tak da untungnya untuk bertahan!

No comments:

Post a Comment