Sunday, December 4, 2016

Tangisan musim tengkujuh.

Di dalam kepekatan malam,
Gadis itu meringkuk kesejukkan.
Air matanya belum pernah mahu berhenti mengalir.
Kecewa hatinya berbalam balam.
Begitu kelam,  lebih gelap daripada si malam.

Selebat hujan yang turun,
Selebat itu lah juga air mata nya.

Benarlah kata mereka,
Mencintai manusia itu penuh dengan kekecewaan.
Dan mencintai Allah itu tidak akan pernah menghampakan.

Terima lah aku kembali ya Allah.

1 comment:

  1. Please don't be sad...I pray you will always be happy with people that you love

    ReplyDelete