Sunday, March 3, 2013

Titi.

"Gib.. kenapa diam?"

Perlahan Bima mengosok belakang Gibran, teman sejak kecilnya itu.

Tersedar Gibran dari lamunan nya yang panjang dan dia hanya menggeleng perlahan sambil mengukir segaris senyuman tak bernyawa.

"Takda pape pun Bima..." perlahan suara Gibran keluar dari bibir nipisnya.
Bima tahu hati Gibran tak senang. Ada riak kesedihan di mata Gibran..

Kaki Gibran dan Bima bergayutan dari tepi titi yang dah officially jadi tempat lepak mereka dari kecil lagi. Kalau kena marah dengan mak masing-masing, kat sini lah bawa hati yang lara. time result teruk dan takut nak balik kat rumah, kat titi jugalah datang merenung nasib. Waktu Bima dapat masuk U sambung architecture, kat titi sini juga lah datang celebrate sambil mereka masa depan. Dan waktu Gibran berjaya tackle Siti, anak tauke kedai kopi hujung simpang, kat sinilah Gibran datang melompat bagai nak gila then sketch "Gibran <3 Siti" di atas titi.

Indah.

Tapi, lepas ni tak tahu lah boleh lepak kat titi sini lagi. Bima pernah cakap,

"Kita suka sangat titi ni kan.. Momen momen titi aku sentiasa ada kau.. Dan titi ni saksi yang persahabatan kita memang ohsem gua cakap lu.... Aku harap, kita tak kan pernah jatuh dari titi ni, atau merangkak. Aku harap perjalanan titi kita mudah dan pantas tanpa sebarang try and error."

"Huh? Apa maksud kau...?" Kadang-kadang aku tak faham dengan bahasa Bima. Sometimes it could be too deep,man.

"Perjalanan titi kita di akhirat sana... Aku tak mahu jatuh. Tak mahu berlengah.. Aku nak jalan laju macam kilat.. Zassss! Dan aku harap di depan sana ada kau yang menanti." Kata-kata Bima pada pagi Jumaat yang lalu sentiasa terngiang-ngiang. Bima baik sangat. Sentiasa ingatkan aku pada Tuhan.. Sentiasa sedarkan aku waktu aku silap dan hanyut. Tapi, lepas ni, tak tahu lah apa akan jadi dengan aku..

"Bima!" Aku pandang wajah Bima dalam-dalam. Muka Bima nampak pucat dan lesu. Tapi berseri.

"Ya, Gibran Ali B. Abdul." sekilas wajah Gibran tersenyum. Dia memang tak suka orang panggil dia pakai nama penuh. Tak style katanya. Macam-macam..

"Aku... sayang kau. Aku nak lepak kat titi sana dengan kau lagi.."

"Tak.. Kat sana kita lepak tepi sungai yang mengalir indah dan dikelilingi bidadari bermata bundar."

"Walawehh. Hebat! Haha"

"Aku harap kita boleh lepak sama-sama lagi. Jangan lupa kenang aku dalam doa kau." Bima berkata dengan penuh syahdu sambil memeluk erat Gibran.

Air mata jernih mengalir perlahan dari mata dua jejaka tersebut. Hati Gibran syahdu. Ya Allah, permudah kan lah.. Dan tentukan yang terbaik.

* The ending is cliche enough. Nak buat Bima tu ada cancer otak. Tapi, tak yah lah. Ending macam ni sudah. Kiki.
*memang nak buat cerita yang bermula dengan dialog "Kenapa diam?" So yeah, I got it up there!
*Dan memang nak buat cerita guna nama Gibran Ali dan Bima. So, yeah. dua-dua nama ada! Suka suka!
*Will name my son Gibran Ali. lulz.

No comments:

Post a Comment