Monday, December 3, 2012

lakon layar.

Terasa baru kembali berpijak di bumi dengan dua belah kaki ni. kalau sebelum ni, sentiasa di awang-awangan. baru tersedar yang masa depan tu bukan boleh dicorak mengikut kehendak hati dan nafsu. sejauh mana pun merancang, kalau dah memang bukan takdir si Dia, tiada gunanya juga.

diam kan saja. pendam sahaja. kalau diluahkan pun tiada gunanya. kalau diletuskan, hanya disaster hasilnya. kalau menangis dan meraung pun, bukan boleh membawa bumi berputar ke paksi kembali. dah ini memang jalan ceritanya.

hati dah malas nak meneka. biarkan. biarkan saja.

tengoklah selama mana dia hendak hidup dalam bayangan semalam. bayangan yang hanya pandai memainkan wayang di pentas lakonan dunia. dan menipu manusia yang menonton. seperti aku.

dan esok itu tetap datang, sama ada dengan kamu atau tanpa kamu. teruskan sahaja lakon layar mu. semoga hidup bahagia.

No comments:

Post a Comment