Friday, October 26, 2012

Selamat berbahagia.

Kereta Myvi SE berwarna kuning meluncur laju di jalan raya. Lincah menyelinap di celah celah kereta yang sedang bersesak-sesak ke kota di hujung minggu. Bertalu talu hon kedengaran dari kereta-kereta belakang.
Kadang-kadang di lane kanan, lepas tu beralih ke lane kiri dan memotong laju.

Cis. Gila perempuan ni. Memandu macam tengah high.

lantas kereta di brek mengejut di bahu jalan tanpa signal sehingga dihadiahkan jari tengah oleh si tuan kereta Audi di belakang. Biarlah. Hati ini memang tengah sakit.

*****************

"Kau patut tahu, kau istimewa. Satu dalam infinity."

Dan aku kira, infinity itu sudah tidak wujud dalam dunia mu, atau,.. satu itu sendiri sudah hilang.

Aku tak salahkan kau. Cuma aku yang bodoh sendiri. Terlalu taksub dengan mimpi di siang hari.

***************

"Terima kasih sebab selalu ada untuk aku. Terima kasih!."

Sama-sama. Mungkin ini ucapan terima kasih daripada mu, selepas ini aku sudah tiada.

***************

Tong sampah besar itu dibuka. Lantas sneakers merah yang sentiasa di kaki dan dihati sejak 3 tahun lalu, ditanggalkan.

Tenung sesaat dua pada si sneakers merah itu, aku pasti aku patut buat begini!

Di campak kasar si kekasih hati ke dalam tong busuk itu. Tanpa perlu ada farewell party. Tanpa sebarang kata-kata terakhir. Kerana sneakers ini lah aku pernah bahagia dan pernah juga derita.

Maafkan aku kerana berdusta untuk ke sekian kalinya.

Selamat menginjak dunia baru, duhai sahabat.
Senyuman plastik ini hadiah sempena hari bahagia mu.

*****************

"Engkau yang bodoh sangat kenapa? Dah terang lagi bersuluh Fiq sukakan Julia. Dan dia gunakan kau bila Julia tu tak da untuk entertain dia. Kau yang buta! Daifff!"

Dranggg!!!!! Talam yang berisi 2 cawan mocha jatuh mencium lantai marmar yang berwarna kuning pastel.

Fikiranku, aku bukan di bodohkan. Sebab aku yang memilih untuk begini.
Fikiranku, itulah erti sahabat sebenarnya. Jujur. Tanpa sebarang kuku tajam tersembunyi.
Fikiranku, cuma mereka yang tak mengerti.

Biarlah apa mereka mahu kata, yang penting aku pernah bahagia.
Sehinggalah tiba hari ini, hari yang aku pasti kau dan aku memang bukan Kita lagi.

********************

Walimatul urus,

Taufiq & Julia
24 Oct 2012

*********************
 

P/s Cari aku di celah-celah lipatan memori mu. Sekali lagi, semoga berbahagia.

No comments:

Post a Comment