Tuesday, January 24, 2012

Rumah ku syurga ku.

Esok , eh tak pagi nanti la pukul 8 pagi, insyaAllah akan bertolak ke N9 kemudian overnight kat Nilai semalaman. Lepas tu 25hb petang, baru lah gerak ke Subang. Rasa berat hati nak tinggal kan rumah ter-chenta ni. Sebak, syahdu. Wahhh belum pape dah homesick. Duhh.

Perasaan dalam hati ni dah macam rojak buah. Sedih. Teruja. Gembira. Sebak. Macam-macam lagi la.

Rasa susah nak tinggalkan situasi selesa si rumah selama sebulan lebih ni. haha. lemak pun dah tepu semacam je.

Tapi ini lah dinamakan pengorbanan hidup. Jangan sia-siakan peluang keemasan yang ada. Apa-apa pun Mai, walau sesusah mana pun hidup kau, walau sebesar mana pun rintangan yang ada, Allah sentiasa akan ada untuk kau. Jangan risau, Allah akan sedia membantu. InsyaAllah.

Kau da besar! Jangan asyik2 nak menangis. Asyik2 nak emo. Lepas tu wat2 chill. Jangan jadi hipokrit. Masalah bukan untuk dimakan sebagai ulam, tapi untuk diselesaikan. Cubalah jadi matang, perwatakan matang dan yang paling penting, berfikiran matang.


2012 bermula dengan pelbagai masalah, lagi2 masalah rumah sewa, entah masalah apa lagi yang akan timbul. aish. tapi tak mengapa "it doesn't matter how it starts, but how it ends is matter. " =)

Well, bukan ke masalah mengajar kita supaya lebih matang? Kan?

There is always  rainbow after hurricane - Kate Perry.

Dan setiap apa yang berlaku, ada hikmah.

My real journey for 2012, is about to start, pray the best for me, friends!

# Thanks to Hannah, Husna + abang, Sha Sup, Ayun and Sky for that last gathering.

No comments:

Post a Comment